Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM)  menyatakan kekesalan dengan sokongan yang telah dilakukan oleh Hanifa Maidin Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi Parti Amanah Negara PAN terhadap Namewee yang secara terang terangan membuat video berunsur lucah dan tujuan menghina yang bertajuk ‘Like A Dog’.

Dengan berlatar belakangkan Pusat Pentadibiran Negara Putrajaya. Harus diingat berhampiran Pusat Pentadbiran Putrajaya tersebut juga terletak Masjid Putrajaya, ianya dilihat sangat mencemarkan keamanan negara.

Pada minit awal lagi video yang dilakonkan sendiri oleh Namewee itu secara jelas menunjukkan adengan yang tidak sesuai dilihat oleh masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia, apabila sepasang lelaki yang menggunakan topeng anjing telah melakukan perbuatan yang cukup tidak senonoh.

Bunyi anjing di Malaysia kononnya ‘mari wang’ manakala dilain negara pula dengan bunyi yang jauh lebih baik daripada anjing yang berada di Malaysia juga jelas sebagai satu cubaan memburukkan pentadbiran negara.

Harus diingat ini bukan kali pertama Namewee menerbitkan video kontroversi, sebelum ini Namewee juga pernah menerbitkan video yang menghina lagu NegaraKu apabila mengubahnya dengan lagu Negara kuku.

Tuduhan Hanifa kononnya pihak berkuasa cuba menghalang daripada Namewee berkarya juga adalah jelas sebagai tuduhan yang dangkal dan cubaan mewujudkan presepsi salah dikalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan sebenarnya sentiasa menyokong industri perfileman negara dan menggalakkan seluruh rakyat berkarya melalui Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia termasuk Finas, tetapi bukannya melalui video yang berunsur lucah dan menghina seperti yang diterbitkan oleh Namewee tersebut.

Malaysia adalah sebuah negara yang cukup unik di mata dunia, dimana kehidupan masyarakat majmuk rakyatnya dilihat sentiasa cuba mengamalkan nilai-nilai murni dan tinggi peradaban dikalangan semua kaum yang berada di Malaysia.

Umat Islam juga turut meraikan bersama tahun baru Cina pada setiap tahun dengan rakan-rakan berbangsa Cina dimana tahun baru Cina pada kali ini adalah tahun anjing, namun tindakan Namewee membuat video bertajuk ‘Like A Dog’ sedikit sebanyak dilihat cuba memutar belit perayaan tahun anjing bagi perayaan Cina pada tahun ini dengan menghina nilai peradaban timur yang sejak sekian lama diamalkan di Malaysia.

Adakah Namewee tidak merasa bersalah apabila memasukkan adengan sepasang lelaki yang memakai topeng anjing melakukan perbuatan tidak senonoh di awal video tersebut.

Sehubungan dengan itu pihak Polis juga diminta mengambil tindakan tegas untuk membawa Namewee ke muka pengadilan dan pihak keselamatan juga seharusnya sentiasa mengawasi keadaan berhampiran kawasan Pusat Pentadbiran Putrajaya agar tindakan yang dilakukan oleh Namewee ini tidak berulang.

Namewee bagaimanapun telah memuat naik video penjelasannya ke laman youtube seolah-olah menyatakan bahawa pihak kerajaan menyekat bakat seni dan keryanya. Berikut penjelasan yang dinyatakan:

Advertisements