Syarikat penerbangan jarak dekat, Firefly Airlines (Firefly) melancarkan kempen ‘Everyone Gets A Prize’ yang bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Menerusi kempen berkenaan, setiap pembelian tiket penerbangan menerusi laman web Firefly akan mendapat peluang untuk membuka kotak hadiah maya.

Kotak hadiah berkenaan menawarkan hadiah berupa satu tiket penerbangan sehala secara percuma, baucar E-wallet bernilai RM50, baucar kedai dalam talian Firefly atau baucar dalam talian Firefly Holiday.

 

Bagi melayakkan diri menyertai kempen berkenaan, setiap penumpang perlu mendaftar sebagai ahli Firefly terlebih dahulu.

Kempen ini diadakan bagi memastikan penumpang sentiasa gembira dan kami mahu mereka sentiasa mendapat pengalaman baharu apabila terbang bersama Firefly.

Firefly juga berazam untuk menyediakan pengalaman penerbangan yang lancar di sepanjang perjalanan, bermula daripada proses membuat tempahan, daftar masuk sehinggalah penumpang menaiki pesawat selain menjadikan perjalanan penumpang lebih menarik dan membantu mereka mencapai aspirasi pengembaraan yang lebih menarik.

Dalam majlis yang sama, Firefly turut memperkenalkan strategi pemasaran untuk tahun ini yang turut menjadi teras utamanya iaitu konsep ‘FY is For You’.

Operasi perniagaan kepada perniagaan (B2B) seperti FY Convenience, FY Benefit, FY Opportunity dan FY Action, FY Enjoyment dan FY Info bagi operasi perniagaan kepada pelanggan (B2C).

 

FY is For You menjadi keutamaan kepada kami kerana ia membawa dua maksud utama iaitu FY yang mewakili perkataan “For You” dan ia juga bermakna Firefly sentiasa berada di sana untuk para pelanggan.

Tempah tiket anda di  www.fireflyz.com.my dan menangi hadiah menarik!

 
Advertisements