Sejak beberapa minggu lepas, isteri pertama Ude Wahid, Intan Liana Salleh telah memuat naik beberapa Instagram Story yang berunsur sedih.
Terbaru, Kosmo Online melaporkan bahawa Ude, 30, akan melakukan lafaz cerai terhadap Intan Liana, 33, pada petang ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Ini juga bermakna Izreen Azminda yang berkahwin dengan Ude pada Ogos tahun lepas akan menjadi isteri pertama.

 Intan Liana mendirikan rumahtangga dengan Ude pada 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1

Perkahwinan Ude dan Izreen tidak diketahui oleh Intan. Sebaliknya dia hanya mengetahuinya pada November lepas. 

Advertisements