BELUM habis lagi isu tentang pengacara dan pelakon yang menjadi kontoversi sejak Isnin lalu akibat mengadakan majlis pelancaran koleksi hijab baharu dan sambutan hari lahir di kelab malam terkenal, Neelofa sekali lagi bersuara.

Disebabkan terlampau banyak tohmahan dan kutukan yang diterima selepas majis di Zouk Kuala Lumpur tempoh hari, Neelofa telah dihubungi oleh pihak program MeleTOPmalam tadi bagi mendapatkan komen lanjutnya berkaitan isu tersebut.

“Saya tak apa-apa pun (dengan tohmahan) kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Malam tadi, tempat Neelofa sebagai pengacara program berkenaan telah digantikan dengan Sherry Al Hadad kerana dia dikatakan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Temubual itu telah dilakukan secara live di hadapan semua penonton di studio dan di rumah.

“Tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, ramai beranggapan bahawa strategi pemasaran yang dilakukan oleh Neelofa itu boleh dikatakan telah ‘berjaya’ kerana kesemua koleksi Be Lofa telah habis ‘disapu’ oleh peminat koleksi Naelofar Hijab.

Malah, menurut ibu pelakon drama Red Velvet itu, Noor Kartini berasa sangat gembira apabila hanya dalam masa dua minit sahaja, kesemua koleksi turban itu telah licin!

Bagaimanapun, kebanyakan netizen di media sosial seperti di Twitter masih lagi belum habis bercakap soal apa yang terjadi pada malam Isnin lalu.

Ramai yang beranggapan walaupun mereka tiada di tempat kejadian seperti tetamu jemputan yang lain, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana mereka menyifatkan bahawa Neelofa merupakan seorang usahawan yang kaya dan pastinya dia mempunyai wang yang banyak untuk mengadakan majlis tersebut di tempat lain.

Tapi macam mana pun, kalau dah tuan empunya badan dah cakap macam tu, kita sebagai orang luar dan sebagai tetamu yang tak dijemput, pasti tiada hak untuk mempersoalkaan apa yang terjadi pada malam itu.

Advertisements