Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Hiburan

Terima kasih Mufti

Jutawan selebriti Noor Nelofa Mohd. Noor merakamkan ucapan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri atas nasihat dan pandangan ikhlas yang dibuat terhadap dirinya semalam.

Menurut Lofa, dia dengan rasa rendah diri menerima segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh agamawan itu dengan hati terbuka.

Saya anggap ia satu teguran dan nasihat yang mendamaikan dari seorang pakar kepada saya. Saya sangat menghargainya.

“Saya dan team NH mengambil berat setiap nasihat dan cadangan yang diutarakan oleh pihak Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri itu,” katanya.

Menurut Lofa, sebagai insan biasa, dia juga akan berusaha untuk memperbetulkan setiap kekusutan dan kekeliruan dengan cara terbaik dalam meneruskan kerjaya sebagai ahli perniagaan dan sekaligus personaliti dalam bidang hiburan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa, memberikan kritikan dan cadangan dalam keadaan saya berhadapan dengan situasi tidak diduga sebegini.

“Setiap sokongan, teguran dan cadangan anda, saya hargai dan hanya ucapan terima kasih mampu saya hulurkan,” katanya.

Majlis pelancaran koleksi tudung terbaru NH iaitu #BeLofa pada Isnin lalu mendapat kritikan hebat masyarakat apabila ia berlangsung di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Neelofa menjadi kecaman teruk sebahagian masyarakat yang menganggap selebriti itu kurang sensitif apabila melancarkan tudung versi terbaharu NH itu di lokasi yang tidak bersesuaian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: