Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  Tan Sri Haji Noh Omar berbesar hati menyumbangkan bantuan dana sebanyak RM500 ribu kepada parlimen Petaling Jaya Selatan untuk membina gelanggang futsal berbumbung di Flat Medan Cahaya. 

Menurut Noh, bantuan disalurkan adalah bertujuan untuk membina gelanggang futsal yang sekaligus boleh digunakan sebagai ruang dewan terbuka sesuai digunakan untuk sebarang acara dan majlis bagi penduduk setempat jika ingin melakukan sebarang majlis seperti kenduri perkahwinan, hari keluarga, sukan dan sebagainya.

 

Pembinaan tersebut juga dilihat dapat meringankan beban masyarakat agar dapat menjimatkan wang tanpa perlu mengeluarkan belanja besar untuk menyewa dewan dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat memupuk aktiviti sihat di kalangan belia setempat.

“Tujuan bantuan ini tidak lain dan tidak bukan adalah keprihatinan kepada masalah masyarakat sekiranya ingin mengadakan sebarang majlis tanpa perlu mengeluarkan belanja besar untuk menyewa dewan sekaligus dapat membantu golongan belia menghindari najis dadah apabila gelanggang futsal ini digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti riadah” katanya kepada Malaysianews TV.

Noh turut memaklumkan bahawa kerajaan berhasrat membina pusat taska bagi pasangan yang memiliki anak kecil yang kerap rungsing dimana tempat untuk menghantar anak-anak apabila suami isteri keluar bekerja.

 

“Barisan Nasional janji akan bantu membina pusat taska sesuai pada pasangan muda yang ada anak dan tidak tahu dimana untuk meletakkan anak-anak mereka jika suami isteri keluar bekerja”

“Ini janji kami jika BN menang di Selangor dan kami akan memberi fokus membantu rakyat Selangor”

Noh ketika itu ditemui merasmikan Program Pendayaupayaan Komuniti Prihatin sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan ke 35 di Flat PPR Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya.

Turut hadir sama Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan- Malaysianews TV

Advertisements