Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata Barisan Nasional berjanji akan memberikan rumah percuma kepada pasangan muda muda baru berkahwin, jika parti itu menang di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau menyatakan perancangan program itu dimasukkan dalam manifesto BN Selangor pada PRU14. Program itu diadakan bagi membantu pasangan muda yang mengalami kesukaran memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah yang tinggi sekaligus membuktikan kepada kerajaan negeri yang berjanji ingin membantu rakyat Selangor dalam program Rumah Selangorku namun sehingga kini ianya hanya tinggal janji kosong sahaja.

“Saya berjanji akan mengadakan program pemberian rumah percuma kepada pasangan berkelayakan tanpa mengira fahaman politik mereka kerana ianya lebih bersifat membantu rakyat Selangor dan itu adalah tanggungjawab pimpinan jika dapat memerintah Selangor kembali”

“Sebelum ini, kerajaan negeri berjanji memberi Rumah Selangorku tapi dimanakah rumah tersebut?, Apa nasib rakyat Selangor yang sehingga kini masih sukar memiliki rumah sendiri?” katanya kepada Malaysianews TV.

Beliau yang ditemui dalam satu majlis Program Ramah Mesra PDM Sg. Leman Bendang Tengah, turut berharap agar rakyat Selangor memberi kepercayaan kepada pimpinan Barisan Nasional agar segala program yang telah dirangka dapat dijalankan dan disempurnakan untuk kemudahan setiap rakyat di negeri ini.

Dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Perumahan KPKT, di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata Barisan Nasional yakin kemampuan Jamal untuk menjalankan program rumah percuma tersebut.

“Program rumah percuma tersebut tidak melibatkan Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) namun ianya merupakan insentif berdasarkan kemampuan Datuk Seri Jamal yang sememangnya diyakini”

“Kita lihat sahaja, beliau telah banyak berjaya menjalankan program kemasyarakatan seperti program bantuan makanan melalui restoran makan percuma, Mungkin beliau ada cara sendiri, saya tak tahu, itu projek beliau.”

Dalam pada itu, ketika ditanya, Jamal memberitahu bahawa program rumah percuma boleh dijalankan dan beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan.

“UMNO Bahagian telahpun membeli tanah seluas 10 ekar di Dun Sekincahan dan 10 ekar di Dun Sungai Panjang dan pada khamis 5 april nanti akan diadakan program pelancaran pecah tanah dan tiada masalah untuk memberi rumah dengan keluasan 900 kaki persegi kepada rakyat”

“Saya jamin program ini berjalan lancar jika BN Selangor menang” – Malaysianews TV

Advertisements