Cameron Highlands:  Wakil persatuan penduduk, peniaga, Tok Batin-Tok Batin dan NGO hari ini  menyatakan sepenuh sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Tan Sri Kayveas untuk mewakili masyarakat pada pilihanraya ke 14 (PRU14)  tidak lama lagi.

Sidang media diadakan bagi melahirkan sokongan secara terbuka kepada Kayveas yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Bond’ bagi calon Parlimen P078 di Cameron Highlands.

Menurut wakil persatuan,  sokongan dibuat adalah berdasarkan Tan Sri yang selama ini banyak membantu masyarakat Cameron Highlands tidak kira bangsa dan kaum mahupun orang-orang asal disini selain amat menyenangi keperibadian beliau yang mudah didekati dan suka membantu.

Dengan sifat suka membantu dan mendengar permasalahan penduduk setempat, beliau dianggap sebagai sahabat malah turut disenangi dikalangan golongan belia dan kanak-kanak disini.

Sejak tahun 2015, Tan Sri Kayveas yang mewakili myPPP telah banyak menyalurkan bantuan serta menyelesaikan permasalahan yang dihadapi penduduk tanpa mengira masa.  Dikatakan mudah menerima sebarang aduan penduduk, beliau dilihat sebagai pemimpin yang patut dicontohi dan dipilih bagi mewakili PRU14 nanti.

Tan Sri Kayveas yang merupakan anak kelahiran Cameron Highlands sudah pastinya merupakan calon terbaik yang lebih memahami kehendak serta keperluan masyarakat setempat selain dilihat  berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pemimpin selaras dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan pemilihan wakil perlulah dari kalangan pemimpin yang popular,  berpengalaman dan bekerja keras demi rakyat. 

Sejajar dengan keizinan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Kayveas telah pun memulakan gerak kerja bermula dari tahun 2015 sehingga kini. Langkah yang diambil tersebut, dilihat sangat efektif bagi mendekati masyarakat setempat khususnya dan rakyat Malaysia amnya. 

Justeru, dasar bekerja untuk rakyat yang dipegang Tan Sri Kayveas dilihat sudah cukup memenangi hati masyarakat  yang menyatakan beliau merupakan calon paling tepat di Parlimen P078 Cameron Highlands-Malaysianews TV

Advertisements