Jangan Pertikai Tarikh Pengundian PRU14

“Pilihan raya umum pertama Dr Mahathir diadakan pada Khamis, 22 April 1982 dan dua pilihan raya umum terakhirnya sebagai Perdana Menteri pada hari Isnin (24 April 1995) dan 29 November 1999 juga pada hari Isnin.

“Pembangkang tidak seharusnya mempertikaikan tarikh PRU14 yang jatuh pada hari Rabu sebab tiga pilihan raya umum terdahulu pernah diadakan bukan pada hujung minggu,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasminya.

SPR dalam satu sidang media di Putrajaya menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon, diikuti 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi PRU14.

Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei dengan tempoh berkempen selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU13.

Mengulas lanjut, Eric berkata, SPR mempunyai alasan tersendiri menetapkan tarikh berkenaan sebagai hari pengundian untuk PRU14.

“Saya bukan bercakap mewakili SPR tetapi saya memahami bahawa terdapat merit pemilihan hari Rabu sebagai tarikh pengundian kerana Malaysia adalah negara yang pelbagai.

“Hujung minggu di Terengganu, Kedah, Johor dan Kelantan ialah pada Jumaat dan Sabtu manakala negeri lain pada Sabtu dan Ahad.

“Adalah tidak adil bagi rakyat Terengganu, Kedah, Johor dan Kelantan jika PRU14 diadakan pada Ahad dan sama juga sekiranya hari mengundi dibuat pada Jumaat.

Katanya, Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan sebagai negara mengamalkan demokrasi penuh juga mengadakan pemilihan Presidennya pada hari Selasa, 8 November 2016.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s