Kuala Lumpur: Januari lalu negara digemparkan dengan satu insiden menyayat hati berlaku di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam. Ekoran insiden tersebut, seorang remaja S Sathiwaran yang juga pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya maut ditimpa kerusi terbang yang dicampak dari tingkat atas. 

Mangsa dikatakan sedang berjalan bersama ibunya S Kasthuribai, 45, untuk balik ke rumah mereka di tingkat 16 blok terbabit. Sumber memberitahu dua beranak terbabit sebelum itu pergi ke kedai runcit yang terletak di bawah PPR itu dan sebaik saja mereka menghampiri ruang tertutup berhampiran tangga, sebuah kerusi pejabat berwarna biru melayang dari atas dan terkena kepala mangsa.

 

Berikutan itu, sehingga kini keluarga mangsa mengalami trauma dan gangguan jiwa kerana sentiasa teringatkan anaknya yang menjadi mangsa kelalaian orang lain. Menurut ibu mangsa, sehingga kini beliau masih tidak boleh melupakan insiden yang berlaku dan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan untuk keluar rumah.

Ketika ditemuramah, ibu mangsa menyatakan beliau masih bercuti sehingga ke hari ini berikutan keadaan emosi yang masih kurang stabil. Begitu juga berlaku kepada anak sulungnya yang masih tidak boleh menerima pemergian adik bongsunya itu.

Keadaan itu menyebabkan beliau telah memohon untuk menukar aras rumah yang didiaminya sekarang bagi mengurangkan rasa trauma yang dihadapi. Atas keprihatinan, permohonan itu dibantu oleh Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai , Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin yang memaklumkan kepada media diproses dalam masa satu minggu dengan bantuan dan kerjasama dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas keprihatinan kepada masyarakat.

 

Menurut Raja Nong Chik, bantuan sebegini harus diutamakan memandangkan ianya melibatkan keselamatan dan dalam masa sama merupakan tugas masyarakat membantu waris mangsa mengawal emosi yang masih didalam fasa kurang stabil. Proses perpindahan berlaku serta merta dari tarikh kelulusan surat berkuatkuasa. 

Raja Nong Chik menyerahkan surat keluluan dari DBKL kepda ibu mangsa dalam satu majlis ramah mesra bersama masyarakat india PPR Seri Pantai anjuran MIC Lembah Pantai. – Malaysianews TV

Advertisements