Gombak: Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) menyatakan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding untuk PRU14 yang akan tiba tidak lama lagi. Menyatakan pendirian dan sokongan itu, PSUAM dilihat akan bergerak seiring dengan jentera BN Parlimen mahupun dun bagi memastikan kemenangan menjadi milik parti.

Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran SN Syed Abd Aziz, berkata PSUAM bergerak seluruh negara menyokong parti lebih-lebih lagi Dun Sungai Tua yang merupakan tanah kelahiran beliau. Menurutnya lagi Dun Sungai Tua merupakan antara kawasan penting bagi Parlimen Gombak yang perlu dipastikan kemenangannya bagi BN merampas kembali negeri Selangor.

 

Beliau juga turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi persatuan terhadap sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh Perdana Menteri mewakili BN. Namun, beliau juga amat berharap agar Perdana Menteri turut mempertimbangkan Dun Sungai Tua diberikan seorang calon paling berkaliber seperti Datuk Seri Thiagaraja yang dilihat sebagai paling sesuai menerajui pimpinan.

“Saya bawa Dato Sri Thiagaraja kerana latar belakang pendidikan yang tinggi disamping kedudukan kewangan yang kukuh. Bagi saya, untuk membantu rakyat, seseorang waakil perlu ada kedudukan kewangan yang stabil untuk mudah membantu masyarakat” katanya. 

Syed Muhammad menjelaskan, sokongan terhadap  Dato Sri Thiagaraja kepada aspek Maqasid Syariah juga turut menjadi pemacu utama apabila Perdana Menteri sendiri turut menyukai ilmu maqasid syariah.

“Saya mengharapkan agar Presiden MIC, Datuk Seri Subramaniam melihat serta mempertimbangkan Thiagaraja sebagai calon, apapun yang penting kita pastikan BN menang besar untuk PRU14” katanya kepada pemberita.

Justeru, Dato Sri Thiagaraja juga turut menyahut sokongan baik PSUAM terhadapnya menjadi calon Dun Sungai Tua dan menjadikannya itu sebagai platform terbaik untuk berkhidmat kepada masyarakat.

 

“Saya menyambut baik dan menyokong parti agar dapat mengembalikan kemenangan besar, kerana ini adalah platform paling baik untuk menabur bakti kepada rakyat selaras dengan saranan parti untuk memastikan setiap rakyat dibela dan dibantu”

“Saya ada idea dan format kerja demi memastikan masalah masyarakat diselesaikan bukan hanya cakap sahaja, apa yang penting ianya berjaya untuk rakyat juga. Jika dicalonkan, inilah jalan terbaik untuk saya tonjolkan prestasi kerja demi kepentingan rakyat” katanya.

Terdahulu, beliau bersama PSUAM menyantuni masyarakat dan menghulurkan bantuan kepada 350 orang dalam satu majlis Program Bantuan Rakyat anjuran Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia bertempat di Plaza UMNO Batu Caves. – Malaysianews TV

Advertisements