Sivarraajh Nafi Lompat Parti Jadi Ahli MyPPP

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh hari ini menafikan dakwaan Presiden MyPPP Tan Sri M.Kayveas bahawa beliau masih menjadi ahli partinya yang disertai pada tahun 2004.

Dalam kenyataannya semalam Kayveas berkata Ketua Pemuda MIC itu telah menyertai MyPPP pada 21 Jun 2003 di cawangan Brickfields Utama dengan nombor keahlian 333981.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah memohon keahlian MyPPP, Sivarraajh meminta mereka yang ada rekod keahlian beliau itu untuk tampil menunjukkan kepadanya.

“Jika ada, saya boleh hantar surat untuk keluar dari MyPPP. Saya tidak tahu di mana mereka (MyPPP) mendapat nombor keahlian itu.

“Jika ada orang sengaja memasukkan (nama) saya menjadi ahli MyPPP, itu bukan masalah saya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MIC di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan penglibatan politik pertamanya adalah dengan MIC pada tahun 2004.

Namun, Sivarraajh berkata beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kayveas kerana MyPPP dan MIC merupakan parti komponen Barisan Nasional.

Published by malaysianewstv

Saluran berita semasa online anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: