Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Caj Parkir Stesen MRT Turun Mulai Esok

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) yang mengendalikan kemudahan Park and Ride di sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan menurunkan kadar parkir bermula esok.

Mulai 1 Jun, bayaran parkir di Kemudahan Park and Ride bagi pengguna MRT adalah RM4 bagi setiap kemasukan sehari berbanding RM4.30 sebelum ini manakala caj bagi motosikal ialah RM1.00 bagi kemasukan sehari berbanding RM1.10 sebelum ini.

Menurut kenyataan MRT Corp di sini hari ini, kadar baharu itu mencerminkan penurunan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus.

“Kemudahan Park and Ride yang dikendalikan oleh MRT Corp adalah di Sungai Buloh, Phileo Damansara, Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung dan Sungai Jernih,” katanya.

Pengguna yang menggunakan kemudahan parkir tetapi tidak menggunakan MRT akan dikenakan kadar parkir yang berbeza bergantung kepada lokasi kemudahan Park and Ride yang digunakan.

Menurut kenyataan itu lagi, NRT Corp telah bertemu pihak luar yang mengendalikan kemudahan parkir lain di sepanjang Laluan SBK seperti di Kwasa Damansara, Sentral, Bandar Utama, Pusat Bandar Damansara dan Kajang bagi menasihat mereka agar menyemak semula kadar parkir untuk mencerminkan kadar baharu GST.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: