KUALA LUMPUR: Tandatangan Perkara-Perkara Perjanjian dan Syarat-Syarat Kontrak untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) dijadualkan pada 1 Jun tidak akan lagi berkuatkuasa.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Gamuda Bhd dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), berkata kedua-dua pihak sudah menerima surat daripada MyHSR Corp Sdn Bhd untuk menangguhkan sebarang rundingan berkenaan Perkara-Perkara Perjanjian, Syarat-Syarat Kontrak dan Lampiran terhadap pembatalan projek HSR KL-SG.

Konsortium MRCB-Gamuda dilantik sebagai rakan pelaksana projek untuk kerja-kerja di bahagian utara projek HSR KL-SG oleh MyHSR Corporation.

Advertisements