KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, diberikan pengiktirafan dengan menerima Anugerah William “Bill” Seidman bagi Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan dalam Industri Perkhidmatan Kewangan 2018 sempena Sidang Kemuncak Masa Depan Kewangan 2018 anjuran The Asian Banker.

The Asian Banker, berpangkalan di Singapura menjalankan aktiviti terutamanya penerbitan, forum dan perkhidmatan penyelidikan, merupakan penyedia paling berwibawa di rantau ini bagi kepintaran perniagaaan strategik kepada komuniti perkhidmatan kewangan.

“Beliau merupakan antara pengawal selia bank yang paling dihormati dari Asia dan beliau ialah wanita pertama berkhidmat sebagai gabenor bank pusat di Malaysia selain individu kedua paling lama berkhidmat, iaitu selama 16 tahun sejak 2000 sehingga persaraannya pada 2016,” menurut The Asian Banker.