Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan jawatankuasa itu telah diputuskan dalam mesyuarat pasca Kabinet minggu lepas dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

“Saya telah minta KSU bersama pegawai tertinggi untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa pertama. 

“Mesyuarat ini belum dapat dipastikan bila tetapi saya yakin mereka mungkin sudah menyusun perkara yang mahu dilakukan terutama berdasarkan maklum balas daripada beberapa pihak termasuk majlis peguam dan kumpulan yang selalu membangkitkan isu ini. 

“Apabila siap nanti, kita akan adakan sesi pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi menjelaskan sama ada pindaan itu dianggap memadai dan sesuai sebelum dibawa ke parlimen untuk dibahaskan,” katanya di sini hari ini.