Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Politik

Salleh Keruak Galas Tanggung Jawab Musa Aman

KOTA KINABALU – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak diberi tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Tan Sri Musa Aman sehingga tempoh diputuskan.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada Musa menyelesaikan isu perundangan.

“Keputusan ini dibuat kerana kita yakin Musa akan fokus dalam menyelesaikan masalah perundangan yang sedang dihadapinya kini terutamanya petisyen,” katanya. 

Beliau ditemui selepas hadir di perjumpaan tertutup perwakilan UMNO negeri di Bangunan UMNO Sabah di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai baki kerusi UMNO di Sabah, beliau enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Salleh yang juga Bendahari UMNO tidak hadir di perjumpaan itu. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: