“Tun M (Dr Mahathir) selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya. Saya anggap Tun (Mahathir) hanya (beri kenyataan) sarkastik.”

Itu respons Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) ketika ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan KJ adalah calon terbaik bagi jawatan Presiden UMNO.

KJ menyifatkan kata-kata Perdana Menteri itu terhadapnya sebagai sindiran.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau ditemui media selepas mesyuarat di Bangunan Dato Onn, Kuala Lumpur.

Jumaat lalu, KJ menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Advertisements