Peletakan Jawatan GCEO Astro Tiada Kaitan Isu Kebocoran Data

KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan tidak berkaitan dengan tuduhan kebocoran data atau pertimbangan politik.

Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi berkata notis enam bulan peletakan jawatan Rohana, yang akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2019, adalah prosedur biasa untuk memudah cara peralihan kepada Ketua Pegawai Isi Kandungan dan Pengguna Astro, Henry Tan.

“Kami sudah merancang pengganti Rohana untuk beberapa bulan dan pengumuman ini adalah amalan biasa notis enam bulan.

“Ia tiada kena mengena dengan insiden kebocoran data atau sebab-sebab politik,” katanya selepas mesyuarat Lembaga Pengarah kumpulan di sini, hari ini.

Zaki menepis spekulasi bahawa Rohana memberikan notis enam bulan peletakannya daripada jawatan GCEO Astro dikaitkan dengan peletakan jawatan ketua-ketua syarikat berkaitan kerajaan sejak minggu lalu.

Published by malaysianewstv

Saluran berita semasa online anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: