Peruntukan Untuk Pembangkang Tidak Adil – MCA

Mana janji berlaku adil?

Itu yang dipersoalkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengenai peruntukan berbeza antara ahli parlimen Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ahli parlimen pembangkang.

Katanya, peruntukan yang diberikan kepada ahli parlimen pembangkang tidak sampai pun 50% daripada yang diterima Ahli Parlimen kerajaan.

“Dengan hujah dan nada yang sama, kita ingin tanya balik Ahli Parlimen PH, terutamanya daripada DAP, yang semasa berkempen dulu berjanji untuk berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen.

“Rakyat di Ayer Hitam, Cameron Highlands, Kota Bharu, Mersing dan lain-lain kawasan tak bayar cukai ke? Atau pun bayar cukai separuh saja?” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan RM100,000 kepada Ahli Parlimen daripada parti lawan untuk kegunaan sebagai wakil rakyat kawasan masing-masing.

Manakala ahli parlimen kerajaan akan menerima RM500,000 dan akan disalurkan sebelum Aidilfitri.

Ka Siong yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam, bagaimanapun mengakui keputusan kerajaan PH memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang adalah dialu-alukan memandangkan ia tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

Published by malaysianewstv

Saluran berita semasa online anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: