Seramai 66,258 Imam, Bilal, Siak Dan Guru KAFA Terima Bantuan Khas Aidilfitri

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kos keseluruhan bayaran ini adalah sebanyak RM26.5 juta dan sudah disalurkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Seramai 66,258 individu dari seluruh negara yang terdiri daripada 12,500 imam, 8,650 bilal, 3,950 guru takmir, 8,394 Tok Siak/Norja/Merbot, serta 32,764 guru KAFA akan menerima bayaran khas RM400 ini.

Guan Eng berkata, sempena ketibaan Aidilfitri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan bahawa anggota perkhidmatan masjid dapat menikmati bayaran khas Aidilfitri, seperti yang diterima oleh warga perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan.

“Pembayaran ini tidak termasuk dalam pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) yang dibayar secara berasingan. Kerajaan Persekutuan juga sudah menyalurkan RM1.6 bilion kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR bermula 6 Jun lalu.

“Semoga pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu persediaan Aidilfitri oleh penerima di seluruh negara,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s