Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Skandal Tapak Bazar Ramadan: Ahli PPBM Berdepan Tindakan Disiplin

PUTRAJAYA – Tindakan disiplin akan diambil ke atas mana-mana  anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya didapati bersalah berhubung dakwaan skandal salah guna kuasa dan penyelewangan tapak Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Biro Integriti Armada Nasional, Dr. Muhammad Faiz Na’aman menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi jika benar-benar terbukti ada anggota parti itu terlibat dalam skandal itu.

“PPBM memandang serius mana-mana ahli menggunakan jawatan politik untuk memohon tender perniagaan atas niat membuat kebajikan atas kepentingan peribadi. Laporan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini dijangka dapat melengkapkan siasatan terhadap kes mencari kebenaran berkaitan siapa yang terlibat dan dalang sebenarnya. 

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan telus, adil dan tegas. Andaikan benar ahli kami terlibat dalam skandal ini, tindakan displin akan diambil serta-merta,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan bangunan SPRM sebelum membuat laporan berhubung skandal itu. 

Semalam, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman turut meminta SPRM dan polis menyiasat skandal itu bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: