Malaysia Airlines Tawar Diskaun Sehingga 40 Peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tiket kelas perniagaan dan ekonomi ke lebih 60 destinasi bersempena promosi Jualan Pertengahan Tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata tawaran bermula hari ini sehingga 27 Jun 2018, membabitkan tempoh perjalanan antara 23 Jun 2018 sehingga 31 Mei 2019 untuk perjalanan domestik, manakala bagi penerbangan luar negara pada 26 Jun 2018 sehingga 31 Mei 2019.

“Lebih sejuta tempat duduk ditawarkan untuk ke destinasi pilihan anda termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Tokyo, Shanghai, Seoul, Auckland, Hong Kong, Jakarta, Bangkok, Singapura, Kota Kinabalu, Alor Setar dan Pulau Pinang.

“Turut ditawarkan dalam promosi itu ialah penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shanghai, Taipei, Tokyo dan Perth,” katanya.

Pembelian bagi Jualan Pertengahan Tahun MAB itu boleh dibuat menerusi laman sesawang www.malaysiaairlines.com.

Published by malaysianewstv

Saluran berita semasa online anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: