KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kementerian sedang berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat kiriman cepat terkemuka negara, Pos Laju.

Dalam jawapannya menerusi laman Twitter kepada pengguna akaun ‘@Qutbudeen’, beliau berkata kementerian kini dalam perbincangan untuk menambah baik perkhidmatan Pos Laju.

Dalam satu lagi jawapannya kepada soalan ’@murtaza_mustafa’, Gobind berkata kementerian sedang mengkaji untuk menaikkan kadar gaji posmen seperti dicadangkan oleh pengguna akaun itu.

Baru-baru ini, Pos Laju dikritik hebat netizen yang menyifatkan perkhidmatan disediakan syarikat kurier itu sangat teruk sejak kebelakangan ini.

‘@Jimbotiram berkata beliau ‘berang’ dengan Pos Laju ekoran kegagalan mereka mengirim barang pada waktu yang dijanjikan, mendakwa berlaku kelewatan antara lima hingga 10 hari. 

Advertisements