KUALA LUMPUR: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menafikan dakwaan bahawa bekalan darah jenis O negatif semakin berkurangan sepertimana yang ditularkan di media sosial oleh seorang waris pesakit.

Pengarahnya, Dr Mohamad Sabri Othman menjelaskan hasil siasatan mendapati bekalan darah jenis itu pada ketika ini adalah mencukupi. 

“Darah jenis O negatif adalah dikategorikan sebagai kumpulan darah rare. Oleh itu, semua tabung darah tidak menyimpan stok yang banyak pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, stok yang sedia ada adalah mencukupi untuk kegunaan semasa kecemasan. 

“Pihak HTAR juga mempunyai senarai penderma darah rare untuk dipanggil pada bila-bila masa terutamanya waktu kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru semua pihak agar tidak terus menyebarkannya. 

Advertisements