Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Politik

Jamal Dapat Undian Tertinggi Pemuda UMNO Sungai Besar

SABAK BERNAM – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mendapat undian paling tinggi l dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di peringkat bahagian Sungai Besar hari ini.

Jamal dapat undi besar jadi Ketua Pemuda di bahagian Sungai Besar

Sementara itu, calon lain, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendapat 32 undi, Abdul Razak Mohamed Yusof (7),  Imbran Afham Armen (2), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari (2) dan Mohd. Shahar Abdullah (1).

Manakala tiga lagi calon, iaitu Wan Md. Hazlin Agly Wan Hassan, Syed Rosli Syed Harman dan Khairul Azwan Harun tidak mendapat sebarang undi 

Seramai 197 perwakilan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada pemilihan tersebut dengan terdapat satu undi rosak.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamal yang muncul dalam satu rakaman video berdurasi 22 saat mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang mengundi beliau.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar kerana memberikan kemenangan majoriti yang cukup besar kepada saya.

“Satu langkah, satu petanda awal yang cukup baik untuk saya… Terima kasih, saya menang di Bahagian UMNO Sungai Besar,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: