Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Siti Kassim Bebas, Mahkamah Tolak Permohonan Reman

PEGUAM Siti Kasim yang ditahan polis malam tadi dibebaskan hari ini selepas Mahkamah Majistret Kajang menolak permohonan polis untuk menahan reman aktivis itu.

Ambiga Sreenevasan berkata, majistret tidak membenarkan permohonan reman itu kerana tidak memenuhi syarat untuk beliau ditahan lanjut.

“Selepas mendengar hujah pihak polis dan peguam, majistret telah tolak permohonan reman,” katanya yang mengetuai 12 peguam yang mewakili Siti Kasim.¬†

Siti Kasim sebelum itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang dalam pakaian lokap, dengan tangannya bergari dan diiringi lima anggota polis.

Beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada pukul 12.40 malam tadi selepas laporan polis dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa peguam itu melarikan anak perempuannya yang berumur 24 tahun Khamis lepas.

Siti Kasim didakwa melarikan wanita itu ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang.

Menurut Fadzil, polis kemudian menyelamatkan mangsa dari sebuah unit kondominium di Segambut, lebih kurang pukul 9 malam tadi.

Wanita itu bagaimanapun mendakwa tuduhan Siti Kasim menculiknya, yang dikatakan dibuat oleh ibunya sendiri, adalah satu pembohongan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: