Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Gaji Penjawat Awam Diawalkan 18 Julai Ini

KUALA LUMPUR – Gaji penjawat awam yang dijadualkan dibayar pada 25 Julai 2018 akan diawalkan seminggu kepada 18 Julai depan.

Menurut surat pekeliling yang dikeluarkan hari ini oleh Akauntan Negara, Datuk Saat Esa, kerajaan telah bersetuju bahawa tarikh pembayaran gaji bulan Julai 2018 dipinda.

“Pelaksanaan peraturan pembayaran gaji tahun 2018 masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2017.

“Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Sebelum ini gaji penjawat awam bagi bulan Jun telah dibayar lebih awal iaitu pada 7 Jun 2018 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berbanding 25 Jun yang dijadualkan. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: