PETALING JAYA: Senarai penuh Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi tular di media sosial.

Dalam senarai itu, terdapat 28 kementerian di bawah Kabinet tersebut termasuk beberapa kementerian baharu seperti Kementerian Pembangunan Usahawan.

Senarai nama yang bocor itu mengandungi beberapa kesalahan ejaan pada nama calon menteri dengan perkara “Rahsia” ditulis pada dokumen tersebut.

Beberapa kementerian lain turut diperluaskan atau disatukan seperti Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan dan Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan telah melengkapkan barisan Kabinet kerajaan PH.

Jelas beliau, nama Jemaah Menteri akan diumumkan semasa upacara angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Julai depan.

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah.

Advertisements