PEMAIN-pemain England bakal menerima durian runtuh 5 juta pound jika menjuarai Piala Dunia 2018.

Bagaimana pun selepas dibahagikan, setiap pemain akan menerima 217,000 pound dan ianya lebih kurang separuh daripada yang bakal diterima skuad Belgium.

Pemain-pemain Belgium akan menerima 400,000 pound seorang jika menjulang piala bersejarah itu, yang jumlah keseluruhannya 9.2 juta pound.

Skuad The Three Lions itu berjaya mara ke pusingan kedua dan menerima bonus sejuta pound untuk dikongsi.

 

Manakala ketua jurulatih, Gareth Southgate bakal menerima 1.5 juta pound jika England bergelar juara.

Dan pengurus Belgium, Roberto Martinez pula bakal menerima sejuta pound.

Juara Piala Dunia bakal menerima 28 juta pound, naib juara 21 juta pound, ketiga 18 juta pound dan keempat 16 juta pound.

Dalam pada itu, skuad Brazil bakal menerima 750 ribu pound seorang jika menjadi juara manakala Jerman pulan 350 ribu pound seorang.

Sebagai rekod, England yang pernah bergelar juara pada edisi 1966 menerima seribu pound seorang.

England dan Belgium bakal berentap untuk saingan terakhir bagi Kumpulan G Jumaat ini yang menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 6 mata di dua kedudukan teratas kumpulan.

Advertisements