Katanya, bukti ia diberi oleh putera raja berkenaan dapat dilihat menerusi cop mohor kerabat diraja negara berkenaan yang tertera pada kotak jam terbabit.

“Jam tangan itu adalah pemberian daripada putera raja yang juga menteri dalam negeri negaranya ketika melawat negara ini pada Mac lalu.

“Sepatutnya, polis perlu menyatakan bahawa jam tangan itu serta beberapa barangan lain ditemui disimpan dalam kotak yang tertera cop mohor diraja negara luar berkenaan. Fakta itu tidak boleh diabaikan,” katanya.

Selain itu, Najib turut menyifatkan nilai barangan yang diumumkan PDRM dalam sidang media semalam sebagai tidak realistik selain nilainya adalah subjektif.

Katanya, ada antara barangan berkenaan adalah hadiah yang diterima keluarganya sejak lebih sedekad lalu dan nilainya subjektif kerana tertakluk pada masa ia diberikan.

Bagaimanapun, dalam kenyataan itu beliau memaklumkan bahawa keluarganya tidak mengetahui nilai barang yang dibayar oleh pemberi hadiah berkenaan pada masa itu namun ia diterima daripada kenalan rapat, wakil kenamaan termasuk kerabat diraja ketika lawatan sempena hari jadi, sambutan ulang tahun, majlis perkahwinan dan pertunangan.

“Sebarang penilaian mengikut harga jualan atau harga pasaran semasa adalah tidak realistik, di mana nilainya terlalu melambung dan memberi gambaran tidak tepat.

“Ini kerana, kebanyakan barangan diterima sebagai hadiah ini sudah lebih berdekad lamanya.

“Jadi, kami mempertikaikan nilai barang yang diumumkan PDRM semalam berikutan penilaian sepatutnya tertakluk pada waktu barang itu diberikan kepada kami dan nilai itu sudah pastinya bersifat subjektif,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kebanyakan barangan berkenaan disimpan dalam kotak yang dilabel khas oleh kakitangannya lengkap dengan deskripsi, gambar, tarikh hadiah itu diterima selain identiti pemberi hadiah berkenaan.

Katanya, pihaknya akan memberi kerjasama kepada polis sekiranya dipanggil bagi menjelaskan perkara itu.

“Paling penting, kami juga boleh membantu polis untuk mengenal pasti siapa pemberi hadiah itu sejak berdekad lamanya.

“Sama seperti nilai hutang kerajaan yang diumumkan terlalu melambung tinggi itu, nilai serta jumlah barangan yang diumumkan polis dalam sidang media semalam juga dilihat bersifat serangan dan dendam politik terhadap keluarga saya,” katanya.

Najib berkata, ada antara barangan itu adalah milik saudara-mara terdekat serta pihak ketiga dan mereka sudah pun memulakan tindakan perundangan bagi menuntut semula barangan terbabit daripada polis.

Advertisements