1MALAYSIA Development Bhd (1MDB) memecat Arul Kanda Kandasamy dua hari sebelum tempoh perkhidmatannya tamat kerana melakukan “keabaian tugas”.

The Edges Markets memetik sumber sebagai berkata, surat penamatan perkhidmatan itu diserahkan kepada Arul Kanda pada 28 Jun.

Disember lalu, beliau diberikan lanjutan tempoh perkhidmatan sebagai presiden dan CEO 1MDB selama enam bulan bermula 1 Januari. Tempoh memegang jawatan beliau sepatutnya tamat pada 31 Disember 2017 setelah dilantik pada Januari 2015 bagi memulihkan syarikat pelaburan itu yang menghadapi tuduhan penggubahan wang haram oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) dan pihak berkuasa di Singapura dan Switzerland.

Dalam program “Diskusi 1Minda 1Bicara 1MDB” menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, beliau memberitahu orang ramai bahawa kejayaan 1MDB harus dinilai dengan pelaksanaan dua projek meganya, iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Beliau berkata kedua-dua projek itu sekali gus menafikan segala tohmahan yang sering dilontarkan oleh pembangkang terhadap syarikat berkenaan selama ini.

Kenyataan itu mengundang kecaman orang ramai, antaranya bekas gurusemasa di Maktab Tentera Diraja (MTD).

Berdasarkan biografi Arul Kanda di Bloomberg, beliau menyertai 1MDB ketika berusia 38 tahun dan merupakan CEO ketiga 1MDB.

Sebelum menyertai 1MDB, beliau adalah naib presiden eksekutif, ketua kumpulan bank pelaburan dan ketua kewangan korporat Abu Dhabi Commercial Bank PJSC, jawatan yang dipegangnya dari Julai 2008.

Beliau menerima LLB pada 1998 ketika menuntut di London School of Economics and Political Science dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana pada 2000 di University College London. – 29 Jun, 2018.

Advertisements