Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Sukan

Brazil Kini Jadi Pasukan Pilihan

MOSCOW – Jurulatih Brazil, Tite mengakui pasukannya telah melalui satu evolusi yang baik selepas menunjukkan aksi yang positif apabila menundukkan Serbia 2-0 bagi menempah tiket ke pusingan kalah mati awal pagi semalam.

Paulinho dan Thiago Silva masing-ma­sing menyumbangkan satu gol dalam aksi terakhir kumpulan E tersebut meskipun mereka menunjukkan permainan hambar sebelum ini ketika bertemu Switzerland dan Costa Rica. Brazil bakal bertemu Mexico bagi pusingan kalah mati di Arena Cosmos, Samara, Isnin depan.

Selepas Jerman tersingkir daripada kempen Piala Dunia, ia bermakna Brazil kini bakal menjadi pasukan pilihan untuk merangkul trofi di Rusia, namun Tite mengakui beliau sangat teruja untuk membantu pasukannya berada di kedudukan terbaik pada kejohanan kali ini.

“Kami tidak berada dalam jangkaan, namun pemain bermain di alam nyata dan realiti seperti apa yang telah berlaku ini.

“Brazil merupakan satu pasukan yang mempunyai mentaliti bagus apabila berdepan tekanan di sudut positif ketika beraksi di atas padang.

“Ia aspek yang sangat diperlukan serta pasukan perlu mempunyai pilihan, ter­utamanya pada waktu kecemasan. Contohnya apabila Marcelo terpaksa diganti dengan pemain lain pada awal permainan selepas mengalami kecederaan.

“Kami menjangkau lebih daripada jangkaan dan paling penting adalah pemain kini sentiasa berusaha melakukan perubahan ke arah yang lebih baik,” kata Tite.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: