Hidupkan Semula Projek Kereta Malaysia-Indonesia

JAKARTA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan untuk menghidupkan semula projek kereta Malaysia-Indonesia untuk pasaran ASEAN. Dr. Mahathir berkata idea itu pernah diketengahkannya pada Februari 2015 semasa memandu uji sebuah kereta Proton dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo duduk di bahagian penumpang hadapan.

“Ketika itu, saya bukan lagi Perdana Menteri dan saya memandu 180 kilometer sejam di litar uji Sepang.

“Bapak Presiden (Jokowi) tidak merungut apa-apa (ketika kereta itu dipandu laju),” kata beliau dalam sidang media bersama-sama Jokowi di sini, hari ini.

Sebelum itu, Jokowi ketika mengimbau pengalaman itu, berkata beliau tidak bimbang kerana yang memandu adalah Dr. Mahathir.

“Saya tidak takut kerana pemandunya ialah Pak Mahathir,” katanya.

Dr. Mahathir dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Indonesia, negara pertama Asia Tenggara yang dikunjunginya selepas menyandang jawatan Perdana Menteri susulan kemenangan menakjubkan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum Mei lepas.

Beliau akan pulang ke Kuala Lumpur petang ini. 

Published by malaysianewstv

Saluran berita semasa online anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: