Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Peniaga Dijel Enam Bulan Ugut, Halang Tugas Anggota Rela Di Jonker Walk

MELAKA – Perbuatan seorang peniaga alat ganti kenderaan mengugut dan menghalang seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menjalankan tugas di Jonker Walk sehingga tular dalam laman sosial berbalas apabila dia dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. 

Majistret Mohd. Firdaus Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Soon Wei Meng, 42, dari Batu Berendam di sini mengaku salah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. 

Mohd. Firdaus memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan kedua-dua hukuman tersebut berjalan serentak mulai hari ini. 

Mengikut pertuduhan pertama, Wei Meng didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas Loke Yee Wei, 33, yang sedang bertugas dengan menggunakan sebatang kayu rotan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Bagi pertuduhan kedua, bapa dua anak itu berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10, 000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghalang mangsa menjalankan tugas. 

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di tepi Jalan Tokong, Jonker Walk pada pukul 6.45 petang, Ahad lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia yang baru bercerai perlu menanggung ibu bapa dan dua anak berusia 11 dan 15 tahun. 

Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana kejadian kes tersebut menjadi perhatian umum selepas video berdurasi 4.23 saat itu tular dalam Facebook baru-baru ini. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: