Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Politik

Sikap ‘Yes Man’ Punca UMNO Kecundang – KJ

KANGAR – Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sekiranya beliau terpilih bagi menjawat jawatan kritikal dalam pemilihan parti itu esok akan membuang sikap, dasar dan budaya ‘yes man’ terutamanya melibatkan barisan kepimpinan.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dengan nada tegas berkata, sikap ‘yes man’ atau menurut apa sahaja kehendak terutama Presiden sebelum ini menyebabkan UMNO kecundang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

“Presiden tidak boleh jadi kebal dan hanya mendengar apa yang disukainya semata-mata.

“Malah, sikap Presiden UMNO sebelum ini yang menolak pandangan dan kritikan ahli lain sehingga bertindak memarahi, menggantung dan memecat ahli yang berbuat sedemikian menyebabkan UMNO kecundang pada PRU-14,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan dengan UMNO Perlis di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Pada pemilihan Presiden UMNO esok, Khairy mendapat tentangan sengit Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: