Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu Landskap Rumah Rasmi PM,TPM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat dakwaan mengenai sebuah syarikat kontraktor landskap yang telah membuat tuntutan palsu terhadap beberapa projek landskap bernilai lebih RM80 juta di Putrajaya.

Difahamkan, ia meliputi projek landskap di kediaman rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta premis-premis kerajaan di sekitar Putrajaya.

Menurut sumber, SPRM telah pun merampas beberapa dokumen berkaitan di pejabat syarikat itu semalam.

Katanya, syarikat tersebut telah dianugerahkan kontrak-kontrak terbabit antara tahun 2016 hingga 2017 untuk menyelenggara dan membekal pekerja-pekerja berkaitan.

“Syarikat tersebut dikatakan tidak menyelenggara dan melakukan kerja dengan sempurna, namun membuat tuntutan penuh berkaitan projek tersebut.

“Malah maklumat juga mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai kapasiti kerana tidak memiliki tapak untuk menanam bunga bagi landskap berkenaan,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, syarikat itu juga didakwa tidak menyediakan pekerja secukupnya bagi menyelenggara projek-projek itu namun mengemukakan tuntutan dengan jumlah melebihi bilangan sebenar perkerja yang dibekalkan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: