Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Politik

Idris Haron Kecundang Ketua UMNO Tangga Batu

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu selepas tewas pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu, hari ini.

Idris yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka tewas kepada bekas Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian itu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Mohamad Ali memperolehi sebanyak 353 undi mengatasi Idris yang mendapat 161 undi daripada keseluruhan 514 perwakilan.

Jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua UMNO bahagian pula masing-masing kekal dimenangi penyandangnya, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan Datuk Sazali Muhd. Din.

Sebelum ini, sebahagian besar Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu mendesak Idris bertanggungjawab serta melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bahagian selepas UMNO Melaka tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: