Beliau berkata, keputusan pemilihan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua UMNO Bahagian pada pemilihan kali ini turut menggunakan kaedah baharu.

“Kaedah baharu yang digunakan bagiJ mengumpulkan keputusan pada pemilihan kali ini diyakini lebih cepat dan tepat.

Pada pemilihan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Ab Rauf menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian selain Pengerusi Tetap, Md Jaya Kadir dan Timbalan Pengerusi Tetap, Amir Hussin Yaakob.

Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Wira Ismail Othman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Latipah Omar dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Dayang Senandung Mo’min.

Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu membabitkan bekas Ketua Pemuda Bahagian, Hamid Bashir dan bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian, Ramli Abu Samah.

Mengulas mengenai dua calon yang dipecat selepas menawarkan diri bertanding jawatan Ketua dan Naib Ketua UMNO Bagan, Ab Rauf berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua mereka didakwa bersekongkol dengan parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Oleh itu, diputuskan secara automatik mana-mana ahli parti yang didapati bersekongkol, menyokong atau menjadi pencadang kepada calon atau parti (pembangkang) akan dipecat dengan serta-merta,” katanya.

Dua calon berkenaan adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bagan, Mohamad Affendi Azni dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bagan, Shahbani Mat Diasa.

Advertisements