Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Lahad Datu, Rino Hisham Abu Bakar berkata laporan boleh disalurkan kepada pihaknya atau KKM yang seterusnya membantu melindungi pengguna.“Pengguna juga boleh memaklumkan terus atau menegur peniaga yang mungkin terlepas pandang mengenai arahan KKM itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baru-baru ini, KKM mengarahkan syarikat pengeluar bagi lapan produk tin ikan sardin jenama Cinta, TL Tan Lung, TLC, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy ditarik daripada pasaran kerana produk tin itu mengandungi bendasing cacing Filum Nematoda daripada Genus Anisaki.

Sehubungan itu, Rino berkata premis berkenaan diarah serta merta untuk mengeluarkan produk itu dari rak jualan dan mengembalikan semula kepada syarikat pembekal.

Advertisements