KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid melantik  Khairy Jamaludin sebagai ketua pembangkang baharu di Parlimen.

Menerusi Twitternya, beliau berharap lantikan Khiary itu dapat dipertimbangkan.

Terdahulu,  Ahmad Zahid berkata, status Khairy dilantik sebagai ketua pembangkang baharu di Parlimen akan ditentukan dalam mesyuarat dalaman parti selain rundingan dengan Pas tidak lama lagi.

 

Dalam sidang akhbar pertamanya selepas dipilih menjadi Presiden Umno untuk sesi 2018-2021, Ahmad Zahid berkata, perbincangan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat dan dijangka sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat bermula 16 Julai ini.

Sebelum ini dilaporkan, bekas Naib Ketua Pemuda, Senator Khairul Azwan Harun dalam akaun Twitternya turut mencadangkan pelantikan Khairy sebagai ketua pembangkang di Parlimen bagi mengawasi tindak-tanduk kerajaan.

Advertisements