PUTRAJAYA: Isu Perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Gua Musang, Kelantan yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu terus disiasat termasuk meneliti elemen antun (sexual grooming) yang merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, siasatan diteruskan memandangkan lelaki dan keluarga kanak-kanak itu gagal mengemukakan bukti pernikahan tersebut yang didakwa dilakukan di golok.

Beliau yang juga Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata selagi tiada bukti kerajaan akan menganggap mereka sebagai pasangan yang belum berkahwin.

Maka hubungan dan interaksi di antara lelaki dan kanak-kanak berkenaan adalah tertakluk kepada pelbagai undang-undang mengenai perlindungan kanak-kanak.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra KPWKM sebentar tadi.

Advertisements