PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz bagi memberi keterangan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, Riza dijadualkan memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, di sini pada 2 petang Selasa.

“Riza perlu hadir pada 2 petang esok bagi membantu siasatan kes berkenaan (1MDB),“ katanya.

Pada Isnin, sebuah portal berita tempatan melaporkan anak tiri Najib itu dipanggil bagi membantu siasatan mengenai skandal 1MDB selepas ratusan juta wang syarikat berkenaan dipercayai digunakan untuk menghasilkan filem di Hollywood.

Advertisements