Putrajaya: Bekas Gabenor Bank Negara berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan beliau bahawa Tan Sri Zeti sedar mengenai dana RM2.6 bilion namun gagal mempersoalkannya

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, beliau berjumpa dengan Tan Sri Zeti ketika sambutan rumah terbuka dalam Menteri Kewangan baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Tan Sri Zeti menimbulkan sendiri perkara itu dan kecewa dengan tuduhan tidak berasas bekas Perdana Menteri itu.

Dalam satu temubual eksklusif dengan portal berita Malaysiakini, Datuk Seri Najib memaklumkan bahawa Tan Sri Zeti gagal mengambil tidakan sewajarnya serta mempersoalkan status RM2.6 ketika beliau menyandang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara.

Ujarnya Lim, bahawa beliau lebih percaya pada kenyataan bekan Gabenor negara Tan Sri Zeti berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lim Guan Eng ditemui pada sambutan rumah terbuka Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), siang tadi.

Advertisements