Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan lebih banyak pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebaik saja ia menerima kertas siasatan (IP) baharu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara (AG) Tommy Thomas berkata sebarang tuduhan baharu bergantung pada IP seterusnya yang diserahkan ke pejabatnya, namun beliau yakin lebih banyak IP akan dikemukakan berkaitan dengan dana pelaburan negara itu.

“Kes hari ini adalah IP pertama yang sampai di meja saya, bila saya masuk bertugas tiga minggu lalu, tidak ragu akan ada IP lagi,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Thomas mengetuai pasukan pendakwa terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan jenayah Pecah Amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kekecohan yang berlaku di lobi mahkamah ketika beliau hendak mengadakan sidang akhbar sebelum itu, Thomas berkata beliau agak terkejut kerana menjangka beliau hanya perlu menjawab daripada media.

Venue sidang akhbar itu terpaksa dipindahkan dari lobi ke tingkat lima selepas penyokong Datuk Seri Najib mengganggu Thomas dan media kerana mereka mahu sidang akhbar berlangsung dalam bahasa Melayu.

Sementara itu, mengulas mengenai perintah interim (sementara) yang dipohon oleh peguam Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap sebarang kenyataan media yang berpotensi mempengaruhi kes anak guamnya dalam empat pertuduhan itu, Thomas berkata ini berlaku kepada pasukan pendakwa secara mengejut.

Beliau berkata hakim yang mengendali kes itu tidak memberi sebab meluluskan perintah itu.

“Kami juga tidak pasti sejauh mana pelaksanaan perintah interim itu… Kami menentangnya habis-habisan oleh kerana kami percaya

Advertisements