Polis Ke Indonesia Bawa Jamal Pulang

KUALA LUMPUR: Sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor akan bertolak ke Indonesia petang ini bagi menguruskan proses ekstradisi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang ditahan di republik itu, Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya cuba membawa balik Pengerusi Gerakan Baju Merah itu dalam masa terdekat untuk proses seterusnya di negara ini.

“Pasukan dari Selangor akan berlepas petang ini dan kami sudah berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia, mereka akan memberikan kerjasama penuh. Harap dapat bawa pulang secepat mungkin.

“Pegawai dari CID (JSJ) sudah ditetapkan untuk ke Indonesia, mungkin dalam dua ke tiga pegawai akan ke sana dan dalam masa sehari dua ini, proses bawa balik dijangka selesai,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Jamal, 48, ditahan Polis Republik Indonesia (POLRI) pada jam 6.15 petang Isnin lalu, dan penahanan itu turut diumumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jamal dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu, dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.

Beliau didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober tahun lalu.

Jamal turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s