Kuala Lumpur: Tarikh Perbicaraan Kes Najib Ditetapkan Bermula 18 Februari

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan tarikh perbicaraan kes 4 pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan bermula 18 Februari tahun depan.

Perbicaraan dijangka berlangsung selama 19 hari bermula dari 18 Februari hingga 28 Februari, 2019 dan dari 11 Mac hingga 15 Mac 2019.

Pada masa sama, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abdul Razak turut membenarkan permohonan tertuduh agar “gag order” interim atau larangan mana-mana pihak termasuk media untuk mengulas isu berkaitan 4 pertuduhan kes berkenaan berkuatkuasa sehingga tarikh itu, selain daripada merit fakta kes.

Pengurusan kes pula ditetapkan pada 8 Ogos depan.

Advertisements