PUTRAJAYA: Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 11.10 pagi tadi bagi menyambung keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Riza hadir ke SPRM untuk kali ketiga termasuk hari ini bagi memberi keterangan kepada badan pencegah rasuah itu.

Turut menemaninya adalah peguam, Datuk K Kumaraendran.

Semalam, Riza memberi keterangan selama enam jam kepada SPRM selain sembilan jam pada Selasa lalu.  

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sejumlah AS$64 juta diselewengkan daripada 1MDB telah dipindah kepada Red Granite untuk membiayai penerbitan beberapa filem Hollywood termasuk The Wolf Of Wall Street yang dibintangi Leonardo Dicaprio.  

Riza juga dituduh menggunakan wang itu untuk membeli hartanah mewah daripada ahli perniagaan Low Taem Jhow atau Jho Low. 

Advertisements