Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese, berkata Mohd Soffian perlu berbuat demikian demi keadilan kerana beliau adalah adik kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Varughese berkata, Mohd Sofian sepatutnya mendedahkan pertalian dengan Mohd Soffi dan kedudukan abangnya dalam UMNO serta kerajaan Pahang kepada pihak pendakwaan selain pembelaan sebelum pendengaran kes semalam, berikutan Najib adalah bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Malangnya, kegagalan hakim itu berbuat demikian menimbulkan persoalan mengenai kewajarannya untuk terus mendengar kes berkenaan.

“Majlis Peguam berpandangan, hakim itu perlu menarik diri daripada terus mendengar kes terbabit demi keadilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini mendedahkan mengenai pertalian darah antara Mohd Sofian dan Mohd Soffi, sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan wujud konflik kepentingan dan berat sebelah jika hakim Mahkamah Tinggi itu terus mendengar kes membabitkan Najib.

Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes terbabit, tidak mengetahui Mohd Sofian adalah adik kepada Mohd Soffi.

Advertisements