KUALA LUMPUR: TV AlHijrah mengumumkan perletakan jawatan YBhg. Dato’ Haji Izelan Basar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkuat kuasa 3 Julai 2018.

Sehubungan itu, TV AIHijrah memaklumkan Ketua Pegawai Operasi, YBrs. Dr. A Bakar Sarpon sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

YBhg. Dato’ Haji lzelan Basar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah pada 1 April 2016. Sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai pembaharuan dan kejayaan telah dilakar dan kini TV AlHijrah telah dinobatkan sebagai TV Islam Terbaik Asia pada tahun 2017, disamping menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa TV Islam antarabangsa.

 

Advertisements